Penerimaan Proton Prevé

Malaysia

Proton Prevé (hadapan) di Kuala Lumpur, Malaysia.

Proton Prevé telah menerima ulasan am yang menggalakkan daripada kritik di pasaran domestik. Wartawan automotif Malaysia, Danny Tan daripada paultan.org telah memuji kecantikan, kepraktikalan, sifat ergonomik dan NVH kereta Prevé. Selain itu, keselesaan dan sifat pemanduan dan pengendaliannya mendapat sambutan yang paling ghairah, di mana Danny mendakwa ianya "tiada tandingan di kelas sedan C-segmen Asia".[46] Walau bagaimanapun, varian Prevé yang menggunakan enjin CamPro IAFM+ mendapat sambutan yang kurang memuaskan berbanding dengan varian Prevé yang berkuasa CamPro CFE. Kekurangan kuasa dan tork daripada enjin IAFM+ tersebut bertanggungjawab untuk pecutan lembap dan prestasi keseluruhan, tetapi masih cekap dalam keadaan pemanduan biasa. Danny juga mengkritik beberapa kelemahan reka bentuk di kawasan pedalaman, seperti unit skrin sentuh dan panel instrumen.

Live Life Drive telah memberikan Prevé 4 daripada 5 bintang. Mereka memuji pemanduan dan pengendalian, penghalusan dan kelapangan pedalamannya, serta mengkritik beberapa kelemahan termasuk CVT yang dibekalkan, kepatutan pedalaman dan imej jenama bermasalah Proton.[47] Autoworld.com.my berkongsi tanggapan yang sama terhadap Prevé, di mana penulis mengisytiharkannya sebagai produk Proton yang terbaik setakat ini disebabkan ciri pemanduan dan pengendalian, peralatan standard dan nilai wangnya.[48] CVT dan kualiti bina yang kurang memuaskan merupakan komprominya. Portal berita automotif berbahasa Melayu funtasticko.net menggema sentimen umum yang positif, di mana pengulas menyimpul bahawa Prevé melambangkan permulaan 'Proton baru' yang berniat untuk menumpahkan imej jenamanya yang negatif di peringkat domestik serta global.[49]

Australia

Proton Prevé telah mendapat ulasan bercampur daripada kritik di Australia. Daniel DeGasperi daripada CarAdvice telah memberikan Prevé IAFM+ 2 daripada 5 bintang.[50] Jaminan lima tahun, servis percuma serta bantuan di tepi jalan, kawasan pedalaman yang lapang, sifat stereng dan pemanduan dan pengendaliannya telah diterima dengan baik dan melengkapi anugerah lima bintang ANCAP-nya. Walau bagaimanapun, Prevé telah menerima kritikan teruk terhadap penetapan harganya yang mahal, prestasi dan kecekapan bahan api yang lemah, kualiti bina, pengendalian kawasan bandar yang kurang selesa dan kelemahan reka bentuk terperinci. Daniel berkata "Proton Preve perlu berharga sekurang-kurangnya $4,000 lebih murah supaya ia dapat bersaing dengan sedan ringan seperti Holden Barina dan Nissan Almera. Ia lebih baik daripada Chery J3 yang dijual untuk $6,000 kurang, tetapi Prevé tidak semestinya 35 peratus lebih baik, dan ia tentu berkongsi beberapa ciri kualiti hatchback buatan China tersebut yang kurang baik."[50] Walau bagaimanapun, kereta Prevé CFE yang lebih unggul tidak dikaji kerana varian Prevé IAFM+ sahaja dijual di Australia pada masa itu, dan varian CFE telah dijadualkan untuk pelancaran pertengahan tahun 2013 sebaliknya.

Thailand

Prevé memperoleh pujian kritikan di Thailand. Bangkok Post mengalu-alukan penetapan harga Prevé, di mana penulis mengulas "Dalam versi mewah Premium pada 759,000 baht, tiada sebarang pemain tunggal di C-segmen Thailand boleh memadan harganya."[51] Manager Daily menganggap Prevé sebagai peningkatan yang besar berbanding dengan produk Proton yang sebelumnya dalam banyak aspek, termasuk reka bentuk dan kualiti bina. Penulis tersebut sanggup pergi setakat untuk samakan Prevé CFE kepada Lotus Evora.[52] Motortrivia menegaskan keyakinan syarikat Proton dengan Prevé, dengan pembuktian jaminan 5 tahun dan penetapan harga yang berpatutan berbanding dengan persaingan binaan Thai yang berasal Jepun.[53] Thanathep Thanesniratsai daripada HeadLight Magazine memuji Prevé dan mendakwa ia adalah setanding dengan kereta-kereta buatan Eropah dalam aspek pemanduan dan pengendalian.[45]

Rujukan

WikiPedia: Proton Prevé http://www.ancap.com.au/pdf/516.PDF http://www.caradvice.com.au/231533/proton-preve-re... http://www.goauto.com.au/mellor/mellor.nsf/story2/... http://protonpreve.com.au/pricing-specs/ http://www.protonpreve.com.au/ http://www.themotorreport.com.au/55267/proton-prev... http://www.infrastructure.gov.au/roads/safety/publ... http://www.protonchile.cl/preve.php http://www.autoevolution.com/news/proton-tuah-conc... http://www.bangkokpost.com/auto/autoreview/332951/...